Monday 11 November 2013

MAJLIS PRATONTON FILEM "AKU PILIH KAMU"

Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku pergi ke majlis pratonton filem nie. Sejak-sejak berkawan dengan si adeq manis tu kan. Fans KA dan Intan ler katakan. Aku pun terikut-ikut dah. Hehehehehe...

Filem "Aku Pilih Kamu" nie bagi aku adalah filem romantik yang harus ditonton. Mesej yang disampaikan amat bertepatan dengan tajuk filem tersebut. Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis lakonan Intan Ladyana sebagai Qeisha Ilyani yang dipaksa berkahwin dengan lelaki lain oleh bapanya sedangkan dia sudah mempunyai pilihan hati, Watak Fezrul Khan sebagai Mohd Alif amat menyentuh hati aku. Dimana seorang anak yang rasa bertanggungjawap untuk menunaikan janji yang telah dimeterai oleh bapanya suatu ketika dulu. 

Dialog-dialog yang puitis dalam filem ini hampir membuat aku mengalirkan air mata. Masih wujudkah lagi lelaki seperti Mohd Alif dalam alam realiti ini? "Persahabatan itu perlu ada rasa hormat dan percaya", " Saya selalu berdoa semoga setiap kegembiraan saya akan jadi milik awak dan setiap kedukaan awak akan jadi milik saya". 2 dialog yang masih terngiang-ngiang ditelinga saya. Mohd Alif seorang lelaki yang sanggup berkorban demi insan yang dicintai walaupun hatinya dihiris sembilu berduri.

Dalam 5 bintang, aku bagi 4 bintang untuk filem ini. Tahniah buat barisan pelakon-pelakon yang menjayakan filem ini. Juga thump up buat krew, pengarah, penerbit dan semua yang terlibat dalam menghasilkan filem "Aku Pilih Kamu". Kepada anda semua, silalah ke panggung berhampiran untuk memberi sokongan buat filem-filem tempatan. Filem ini akan ditayangkan pada 14 November nanti. 

http://www.youtube.com/watch?v=cPSDUM2sOVA
http://www.youtube.com/watch?v=epPHrOtS4lo



Aku bersama heroin Aku Pilih Kamu, Intan Ladyana 

Si adeq manis Syaz Isa 

Si kecil molek Syikin 

Dan Si brutal Eika





Tuesday 5 November 2013

White Water Rafting - Part 1

Hi guys... This is my first entry kat blog nie. Tu pun sebab my BFF dok sibuk dengan blog dorang, buatkan aku ada rasa jeles sikit. Huhuhuhu... 

Ok. For the first time nie aku nak share pasal pengalaman aku gi "White Water Rafting" pada 2nd November yang lalu. Kiranya nie macam first extreme sport aku sejak aku meninggalkan bangku sekolah menengah. Semua nie memang idea aku pun. Dah we all nie asyik karok, tengok wayang, window shopping, makan jer. So aku cadangankan utk buat extreme sport plak. Nasib baiklah my beloved BFF nie setuju. Kira extreme gak ar dorang nie walaupun ala2 DIVA kan. Hehehehehe...

Tepat pukul 6.40am dah terpacak si Zaza dengan si Zuzu depan umah aku. On time tul dorang nie. Walaupun call time sepatutnya kul 6.45am. Xpa ar, dorang awal 5 minit jer pun. Lepas letak semua barang dalam kereta, we all pun memulakan perjalanan ke Hentian Bas Jalan Duta coz nak pick-up Farah plak. Si Zaza tu pantang nampak toilet, nak membese jer kerjanya. Hehehehe...

Perjalanan ke Kuala Kubu Bahru mengambil masa dalam 1 jam 30 minit kalau aku yang drivelah. Disebabkan si Zaza yang drive, perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit selepas sesat, stop tanya orang, stop tgk waze dan google map. Maklumlah tempat xpernah sampai.

We all sampai kat Kuala Kubu Bahru pukul 8.40am. Sempat gak ar we all breakfast dulu kat Restoran Fazlina Maju. Kul 9.00am, Kent anak kepada Mr. Pie dari Pierose Swiftwater Sdn Bhd call inform yang dia dah ada kat depan Pejabat Pos. Lepas habis makan we all gi berkumpul kat depan Pejabat Pos tu dan Kent bagitau Sungai Selangor tutup untuk rafting coz water level low. Dan kami perlu ke Slim River untuk meneruskan extreme sport kami nie.


Sempat bergambar sambil mengisi borang untuk aktiviti White Water Rafting


Perjalanan ke Slim River mengambil masa hampir 1 jam. Dalam perjalanan ke sana, kami dah berdebar2. Masing2 tak pernah try aktiviti rafting nie. Main redah jer. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Lebih kurang pukul 10.15am kami sampai di Slim River. Dan kami park kereta di ending point. Kami diarahkan untuk tidak membawa apa2 barang berharga semasa rafting walaupun kami ada waterproof bag. Sedihnya coz kami xdapat nak snap gambar2 semasa aktiviti itu dijalankan. Kent kata dorang akan menyediakan cameraman. Baiklah, arahan diterima.

Nie jer pic yang kami ada sebelum memulakan perjalanan ke start point

Dari ending point mengambil masa dalam 25 minit untuk sampai ke start point dimana kami dibawa menaiki 4WD. Seksanya tuhan saja yang tahu. Berdiri dibelakang 4WD sepanjang perjalanan membuatkan tangan dan kami kami sakit. Menjerit jangan cakap ar. Brother yang bawa 4WD tu macam saja jer buat kami nie menjerit2. Dia xtau ker yang kami nie terseksa kat belakang tu sebelum ber' rafting. Huh...


.... To Be Continue....